Azlan nafi keluar UMNO untuk sertai Pakatan Harapan - Utusan Malaysia

Azlan nafi keluar UMNO untuk sertai Pakatan Harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menafikan spekulasi bahawa beliau dan tujuh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di negeri ini akan bertindak keluar parti untuk bergabung dengan Pakatan Harapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong itu menyifatkan dakwaan dan spekulasi tersebut satu perkara yang mengarut berkata, beliau tetap setia bersama UMNO dan tidak sama sekali mengikut keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman yang mengambil keputusan keluar parti.

“Tiada perbincangan saya dengan wakil-wakil rakyat untuk meninggalkan UMNO walaupun saya kerap berjumpa dengan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan satu tuduhan dan spekulasi liar.

“Saya masih dalam UMNO dan kerajaan negeri ini didukung oleh BN,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal kepada mangsa ribut di Dewan Orang Ramai Taman Kemajuan di sini hari ini.

Sebelum ini tersebar luas dakwaan Ketua UMNO Bahagian UMNO itu bersama tujuh wakil rakyat BN bakal keluar parti dan menyertai Pakatan Harapan.

 Media melaporkan hari ini, Mustafa yang juga merupakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengumumkan keluar UMNO kerana hala tuju parti itu sekarang didakwa tidak selari dengan prinsip politik yang dipegangnya.

 Dalam perkembangan berkaitan, Anifah yang juga merupakan bekas Menteri Luar meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Kimanis dan ahli parti itu juga pada hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini