Arul Kanda beri keterangan berhubung 1MDB - Utusan Malaysia

Arul Kanda beri keterangan berhubung 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Seri Arul Kanda Kandasamy dipanggil untuk proses rakaman percakapan berhubung siasatan syarikat itu di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, semalam.

Perkara itu disahkan Pengarah JSJK, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Memetik laporan Malaysiakini, sumber rapat dengan siasatan 1MDB berkata, Arul merupakan antara beberapa individu dipanggil berhubung ceramah yang diadakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Arul mengadakan beberapa ceramah mengenai 1MDB. Polis menyemak fakta yang disebutkan dalam ucapannya semasa siri jelajah untuk menjelaskan mengenai 1MDB sebelum PRU-14,” kata sumber berkenaan.

Sebelum PRU-14 pada 9 Mei lalu, Arul mengadakan ceramah di seluruh negara sebagai respons terhadap tindakan pembangkang yang didakwanya menyebarkan ‘maklumat salah’ mengenai 1MDB.

Selepas pilihan raya umum itu berakhir, Arul dan pegawai 1MDB lain dipanggil ke Kementerian Kewangan iaitu beliau mengatakan tidak pasti berkaitan nilai pelaburan ‘unit dana’ AS$2.5 bilion (RM9.8 bilion) sama ada benar-benar wujud atau sebaliknya.

Perkara itu diberitahu oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menggelar Arul sebagai ‘tidak jujur dan tidak boleh dipercayai.’

Pada Jun lalu, media melaporkan Arul dipecat daripada jawatannya, dua hari sebelum kontrak sebenarnya tamat pada 30 Jun.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini