SHAH ALAM 28 Sept.- Dua lagi mangsa maut dipercayai akibat keracunan arak di Selangor setakat pukul 6 petang tadi.
Ini menjadikan jumlah yang maut di negeri ini ialah seramai 27 individu sejak kes keracunan alkohol berlaku pada 17 September lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, mangsa yang maut membabitkan dua warga Myanmar berusia dalam lingkungan 30-an, masing-masing dirawat di Hospital Sungai Buloh dan Selayang.
“Setakat ini, mangsa yang maut terdiri daripada dua warga tempatan, Myanmar (12), Nepal (9), Bangladesh (2), India (1) dan seorang mangsa tidak diketahui identiti.
“Selain itu, seramai 21 individu telah dibenarkan keluar daripada hospital manakala 11 lagi masih dirawat di beberapa buah hospital sekitar Lembah Klang, ” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











