IPOH – Raja Pecut Sukan Malaysia (Sukma) 2018, Muhammad Aqil Yasmin memperbaharui rekod kejohanan bagi acara 200 meter (m) lelaki dengan catatan masa 21.01 saat (s), sekali gus memadam pencapaian jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan. Aqil menepati ramalan untuk memenangi pingat emas kedua pada penampilan Sukma terakhirnya dengan bergaya apabila menewaskan pelari kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi (Negeri Sembilan) yang mencatatkan masa 21.26s diikuti atlet tuan rumah, Russel Alex Nasir Taib (21.30s). Pencapaian itu sekali gus memperbaharui catatan Khairul Hafiz yang memegang rekod kejohanan dengan masa 21.03s pada Sukma 2016…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya