Apa lagi bala lepas SST? - Utusan Malaysia

Apa lagi bala lepas SST?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, DAHULU kempen kononnya cukai barang dan perkhidmatan (GST) menganiaya orang miskin dan perlu dihapuskan tetapi bila dah berkuasa dikitar semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST), bukannya tiada cukai seperti ‘digambarkan’.

Kemudian timbul cadangan cukai soda, cukai perniagaan dalam talian dan macam-macam lagi. Kini, sudah keluar ‘amaran’ bersedia untuk langkah-langkah berjimat (ikat perut) dalam Bajet 2019.

Saya tidak faham bagaimana kerajaan terdahulu boleh ‘manjakan’ rakyat dengan bermacam bantuan, kenaikan gaji, bonus dan sebagainya tetapi bila tukar pemerintahan begitu teruk jadinya.

Penjawat awam bukan sahaja tiada kenaikan gaji malah kebarangkalian tinggi tiada bonus. Kakitangan swasta cuma naik gaji minimum RM50 tetapi wakil rakyat Selangor naik elaun harian RM450, menteri pun mudah sahaja bebas pendakwaan rasuah.

Harga barang berterusan naik, harga rumah masih melambung, kos perubatan semuanya akan dinaikkan, jadi apa yang ‘positif’ untuk rakyat selepas buat perubahan?

Sudah masuk lima bulan kerajaan baharu memerintah tetapi kontraktor kerajaan pun ada yang bungkus kerana tidak terima bayaran.Semakin hari semakin menaikkan kemarahan.

HANG KEBUN

Johor Bahru

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN