PETALING JAYA – Teka-teki berhubung kerusi Parlimen yang menjadi pilihan bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab apabila Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta semalam. Kesungguhan Danyal Balagopal dalam menawarkan kerusi Parlimennya menambat hati Anwar untuk memilih kawasan tersebut dalam usahanya kembali ke Dewan Rakyat. “Biasa dalam politik ada yang enggan (melepaskan kerusi), ada yang umum tetapi…










