BUKIT MERTAJAM 5 Sept. – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian mencederakan dan menyamun warga asing yang balik dari kerja di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak dekat sini sejak Jun lalu. Lelaki berusia 26 tahun itu menjadikan pekerja asing dari Nepal, Bangladesh dan Myanmar yang berjalan kaki dan berbasikal sebagai sasaran dengan menggunakan senjata tajam antara pukul 6.30 hingga 8.30 pagi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten…










