KUALA LUMPUR 18 SEPT. – Muntah, sakit perut, pengsan dan meninggal dunia dalam tempoh lapan hingga 12 jam. Itu simptom yang dipercayai dialami kesemua 19 mangsa yang meninggal dunia selepas dipercayai meminum arak jenama Kingfisher Beer, Mandalay Whisky serta Grand Royal Whisky buatan India dan Myanmar di sekitar Lembah Klang sejak semalam. Simptom yang timbul dalam masa tidak sampai sehari selepas mengambil minuman mengandungi alkohol sebanyak lapan hingga 40 peratus…










