BALIK PULAU – Seorang wanita warga emas ditemui mati dalam keadaan tragis apabila mayatnya dijumpai di dalam tangki najis yang terletak di belakang rumahnya di Kampung Sungai Burung di sini semalam. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA. Anbalagan berkata, Faridah Mat Hashim, 63, ditemui dalam keadaan sudah berulat kira-kira pukul 2.40 petang oleh menantu lelakinya selepas enam hari dia dilaporkan hilang. “Menantu mangsa telah membuat laporan polis pada Jumaat…










