PUTRAJAYA 6 Sept. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan akan meminda Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Pindaan) 2018 (Akta 133) dalam Sidang Dewan Rakyat akan datang bagi menguatkuasakan pembinaan bangunan di kawasan bercerun. Beliau berkata, setiap pembangunan di kawasan yang melibatkan kecerunan melebihi 25 darjah dan jumlah ketinggian menegak melebihi 10 meter diwajibkan untuk menyediakan laporan geoteknikal oleh pemeriksa bertauliah yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia. “Akta ini akan dibawa dalam sesi Dewan Rakyat pada bulan hadapan untuk dibahaskan. Langkah ini dibuat berikutan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya