PORT DICKSON – Keputusan PKR mengumumkan kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan bagi memberi laluan pilihan raya kecil (PRK) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut baik oleh ahli-ahli akar umbi parti itu. Tinjauan Kosmo! mendapati, rata-rata mereka gembira dan memberi sokongan padu apabila khabar angin yang bertiup kencang sejak tiga hari lalu menyatakan Presiden PKR berusia 71 tahun itu akan bertanding di sini menjadi kenyataan. Berdasarkan maklumat daripada seorang ahli akar…










