KUALA LUMPUR – Pelakon popular Aeril Zafrel menafikan gambar bogel miripnya yang tular di laman sosial adalah dirinya kerana mendakwa alat kemaluan lelaki dalam gambar berkenaan tidak berkhatan atau bersunat.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 29, mengatakan isu berkenaan adalah satu percubaan keji itu yang cuba mengaitkan dirinya dengan keaiban yang dangkal.
“Wawollahi Watallohi Wabillahi itu bukan saya. Biarlah Allah sahaja yang memberi balasan kepada orang yang berniat atas fitnah ini.
“Sunat (khatan) pun tidak lagi dalam gambar itu. Maaf terpaksa tidak ‘blur’ (kaburkan) apa yang sepatutnya sebagai bukti tidak sunat,” luahnya sebagai kapsyen beserta sekeping gambar bogel yang didakwa dirinya.
Bagaimanapun, selang beberapa minit selepas gambar tidak senonoh itu dimuat naik, Aeril bertindak memadam gambar tersebut.
“Saya memang sudah beri peringatan gambar itu hanya bersifat sementara sebagai penegasan dan bukti bahawa ia bukan saya.
“Sekarang ini, terpulang kepada orang ramai untuk mempercayai gambar itu adalah saya atau sebaliknya. Kalau ingin terus berangan (bercakap tentang hal terbabit), itu hak mereka,” kata pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap itu ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tambah Aeril, hanya isterinya iaitu Wawa Zainal yang mengetahui tentang fizikal sebenar dirinya.
Terdahulu, pelakon filem 7 Petala Cinta itu memuat naik gambar yang memperlihatkan seorang lelaki dalam keadaan bogel dan menampakkan alat sulit di laman sosial Instagram miliknya semalam yang tular sejak semalam.
Dia turut bersumpah bahawa individu dalam gambar berkenaan bukan dirinya, malah berharap pihak yang berbuat fitnah itu menerima balasan Allah.









