JOHOR BAHRU 24 Sept. – Seramai 53,971 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) melibatkan 951 buah pusat yang berlangsung selama lima hari dan berakhir Rabu ini. Pengarah Pendidikan negeri, Shahrudin Sharif berkata, daripada jumlah, 35,152 adalah calon Sekolah Kebangsaan, 16,156 calon Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), 1,858 adalah calon Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan 958 adalah calon sekolah swasta. “Pada tahun ini terdapat pertambahan seramai 363 calon berbeza…










