JOHOR BAHRU 24 Sept. – Akibat menunggang motosikal secara melulu dan membuat aksi membahayakan diri serta pengguna jalan raya yang lain di Jalan Skudai Pantai Lido, lima remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi. Seorang tertuduh, Syawalludin Abu Bakar, 21, dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan hilang kelayakan milik lesen selama dua tahun selepas mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Sulihan Abd. Rahman. Dia didakwa menunggang…










