40 ahli kongsi gelap didakwa - Utusan Malaysia

40 ahli kongsi gelap didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 12 Sept. – Seramai 40 lelaki daripada kumpulan haram dikenali sebagai geng Jee Jin Tong dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pindaan menjadi ahli kumpulan geng itu, awal tahun ini.

Seramai 25 daripada tertuduh lelaki itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah terhadap mereka di hadapan Majistret Azureen Sahirah Saufee Afandi manakala 15 lagi tertuduh di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.

Berdasarkan kertas pertuduhan, semua tertuduh didakwa menjadi anggota geng Jee Jin Tong yang juga satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang di Jalan Permas, Bandar Baru Permas Jaya di sini, pada 14 Januari lalu.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Seramai 35 tertuduh dibenarkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap seorang manakala lima lagi tidak dibenarkan sebarang ikat jamin memandangkan mereka masih menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mahkamah menetapkan 10 Oktober ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN