BAMAKO, MALI 13 Sept. – Seramai 20 orang maut selepas trak yang membawa mereka pulang dari pesta di sebuah kampung di kawasan tengah Mali terhumban ke dalam sungai akibat masalah brek. Kemalangan itu berlaku di kawasan tengah wilayah Saye, lapor pihak kerajaan. Seramai 36 mangsa lain berjaya diselamatkan namun usaha pencarian masih diteruskan. – AFP










