2 tanah perkuburan baharu di JB - Utusan Malaysia

2 tanah perkuburan baharu di JB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 14 Sept. – Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan dua lokasi baharu untuk dijadikan sebagai kawasan tanah perkuburan baharu bagi masyarakat sekitar Johor Bahru.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, ini kerana beberapa kawasan perkuburan di bandar raya ini sudah penuh.

“Tanah perkuburan di bandar ini khususnya di Mahmoodiah dan Kebun Teh sudah penuh manakala tanah perkuburan lain sudah semakin padat.

“Sehubungan itu, kita sedang melihat dua kawasan berkeluasan lebih 20 hektar untuk dibangunkan sebagai tanah perkuburan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program gotong-royong membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN