1MDB: Najib, Jho Low dipanggil beri keterangan - Utusan Malaysia

1MDB: Najib, Jho Low dipanggil beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli perniagaan, Jho Taek Low atau Jho Low merupakan antara 18 saksi yang berpotensi dipanggil bagi memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung siasatan semula syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, kedua-dua mereka tidak dipanggil oleh jawatankuasa sewaktu penggal Parlimen Ke-13.

Katanya, PAC turut menggariskan 10 Terma Rujukan yang akan digunakan sebagai rujukan sepanjang siasatan berlangsung termasuklah dua laporan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang diterbitkan pada 2016 dan 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keterangan daripada mereka amat penting dalam membantu jawatankuasa melengkapkan siasatan secara komprehensif,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

PAC juga telah menetapkan tarikh pada 29 Oktober ini sebagai prosiding pertama syarikat 1MDB untuk memanggil bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bagi memberi keterangan.

“Beliau adalah bekas Ketua Audit negara ketika Jabatan Audit Negara melaksanakan pengauditan syarikat 1MDB dan membentangkan laporannya pada Mac 2016 kepada PAC Parlimen penggal ke-13,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini