KOTA KINABALU – Seramai lapan aktivis yang terdiri daripada pelajar ditahan selepas dipercayai terlibat dalam Himpunan Pandang Ke Sabah di Lintasan Deasoka di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesemua peserta himpunan terbabit ditahan kira-kira pukul 11 pagi tadi. “Mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ringkas hari ini. Sementara itu, Penyelaras Bersih Sabah 2.0, Asraf Sharafi menyifatkan tindakan polis menahan lapan peserta…










