KUCHING – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memberi jaminan untuk meneruskan 105 daripada 106 projek yang telah diluluskan di Sarawak pada tahun ini. Menterinya, Rina Mohd. Harun berkata, kesemua 105 projek di seluruh negeri itu menelan peruntukan sebanyak RM916 juta. “Antara projek yang dilaksanakan adalah menyediakan kemudahan bekalan air dan elektrik serta bantuan perumahan. “Namun, terdapat satu projek yang terpaksa ditangguhkan iaitu pembinaan jalan di Tanjung Batu, Bintulu yang menelan…










