10 NGO berhimpun bantah penyalahgunaan AMLATFA - Utusan Malaysia

10 NGO berhimpun bantah penyalahgunaan AMLATFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Sept.- Sebanyak 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di luar pekarangan Istana Negara malam ini bagi membantah penyalahgunaan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang didakwa dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi menekan musuh-musuh politiknya.

Presiden Pemantau Malaysia Baharu (Pemantau), Datuk Lokman Noor Adam yang mengetuai perhimpunan itu berkata, beberapa pemimpin UMNO telah disiasat di bawah akta tersebut kerana didakwa menerima sumbangan daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah, katanya, ada pemimpin yang diugut sama ada keluar daripada UMNO ataupun didakwa di mahkamah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“AMLATFA ini seolah-olah dipergunakan sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang digunakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri keempat satu ketika dahulu.

“Itu sebab kita merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan Raja-raja Melayu supaya campur tangan dalam menghentikan penyalahgunaan AMLATFA untuk menekan musuh-musuh politik PH,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini