SAN BERNARDINO, California – Sekurang-kurangnya 10 orang ditembak di sebuah kompleks apartmen di sini dengan tiga mangsa dilaporkan ‘amat kritikal’, demikian menurut akhbar New York Post hari ini. Stesen televisyen KTVN-TV di Los Angeles melaporkan bahawa polis menutup kawasan yang agak besar di sekitar lokasi kejadian. Sebilangan suspek yang dipercayai bersenjatakan raifal dan pistol melepaskan berdas-das tembakan sebelum melarikan diri, kata ketua Jabatan Polis San Bernardino, Kapten Richard Lawhead.…










