Semangat kemerdekaan sempena bulan kebangsaan kali ini telah mendorong warga Sekolah Kebangsaan Mentuan, Kota Bharu, Kelantan menyambutnya dengan cara unik dan tersendiri apabila berjaya menghasilkan wau yang dihiasi Jalur Gemilang bersaiz gergasi. Menurut Guru besarnya, Che Sazali Che Ibrahim atas nama cintakan negara dan semangat patriotisma, dia telah menggabungkan ilhamnya bersama beberapa guru lain untuk membuat wau setinggi 30 kaki dan 24 kaki lebar itu.










