KANGAR 7 Ogos – Seramai 33 kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri ini menandatangani dan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis ringkas di sini hari ini.
Pengarah JAS negeri, Azman Shah Ismail mengetuai kumpulan tersebut dengan disaksikan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Abdullah Mohamed Kassim dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS, Ismail Ithnin.
Sementara itu, Azman Shah berkata, inisiatif melafazkan IBR itu adalah satu manifestasi bahawa seluruh warga JAS menolak rasuah.
Selain itu, pihaknya juga akan terus berusaha dan memberi kerjasama berterusan dalam usaha membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa ini.
“Adalah penting untuk setiap individu mengetahui kemudaratan yang mungkin berlaku sekiranya amalan rasuah ini tidak dihindari,” katanya. – UTUSAN ONLINE










