KUANTAN – Seorang pekerja kilang Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) warga China maut selepas digilis lori dalam satu kejadian di jalan pintasan Sungai Ular, Gebeng berhampiran kilang berkenaan pagi tadi. Dalam kejadian pada pukul 11.18 pagi itu, Chen Xinzhong, 45, maut akibat parah di seluruh badan dan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk urusan bedah siasat. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali…