TAMPA 1 Ogos – Golongan wanita yang gemar menanduk bola adalah lima kali ganda berisiko mengalami kerosakan otak berbanding lelaki, menurut kajian Kolej Perubatan Albert Einstein, Amerika Syarikat (AS). Hasil kajian yang disiarkan jurnal Radiology mencadangkan garis panduan khusus jantina diperlukan untuk mengawasi kecederaan kepala dalam permainan bola sepak. Menurut Ketua Penyelidik Radiologi, Psikiatri dan Sains Tingkah Laku, Profesor Michael Lipton, para penyelidik dan klinisian telah lama menyedari bahawa golongan…










