KUALA LUMPUR 6 Ogos – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan akan mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
![]() |
|
WAN AZIZAH WAN ISMAIL
|
Wan Azizah berkata, beliau juga tidak akan melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Pandan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu semalam.
“Memang tidak (letak jawatan). Insya-Allah,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau diminta mengulas sama ada akan meletakkan semua jawatannya dalam kerajaan dan parti bagi memberi laluan kepada Anwar yang juga suaminya.
Semalam, Anwar menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR sekaligus mengambil alih jawatan tersebut daripada Wan Azizah yang tidak mempertahankan jawatan tersebut.
Sehingga penerimaan borang pencalonan ditutup pukul 5 petang semalam, hanya Anwar mengemukakan borang pencalonan sebagai Presiden PKR. – UTUSAN ONLINE











