KUALA LUMPUR 29 Ogos – Warga asing kebanyakannya rakyat Indonesia dipercayai menguasai pangsapuri-pangsapuri kos rendah di kawasan Lembah Subang, Selangor sehingga menyebabkan rakyat tempatan yang layak menghuninya tidak dapat mendudukinya. Perkara ini didedahkan oleh seorang netizen, Zainurizzaman Muharram di laman Facebooknya selepas mendapat tahu mengenainya ketika cuba membantu sebuah keluarga gelandangan mendapatkan sebuah unit pangsapuri berkenaan. Menurut Zainurizzaman, keadaan itu disedari ketika dia bersama seorang rakan meninjau ke Pangsapuri Perumahan…










