[VIDEO] Tujuh saksi dipanggil bicara kes Farid Kamil - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tujuh saksi dipanggil bicara kes Farid Kamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 3 Ogos – Pihak pendakwaan akan memanggil sekurang-kurangnya tujuh saksi dalam perbicaraan kes terhadap pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari atas lima pertuduhan jenayah yang dijadualkan mula dibi­carakan di Mahkamah Majistret di sini pada 27 November ini.

Perkara itu dimaklumkan hari ini oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris sebelum Majistret Nor Ariffin Hisham menetapkan tarikh tersebut dan empat hari lagi bagi perbicaraan kes itu iaitu pada 6 Disember dan 12 hingga 14 Disember ini.

Di samping mengekalkan 27 Ogos ini untuk sebutan kes sebelum perbicaraan bermula, Nor Ariffin turut mencadangkan supaya pihak pembelaan mengemukakan representasi ke Jabatan Peguam Negara sebelum tarikh perbicaraan bermula.

“Mahkamah memantau kes ini sejak ia pertama kali didaf­tarkan pada Januari, namun tiada sebarang perkembangan positif.

“Malah, tiada sebarang re­presentasi dikemukakan daripada pembelaan walaupun kes ini sudah disebut sebanyak empat kali, iaitu pada 5 Mac, 7 Mei, 29 Jun dan pada hari ini,” katanya.

Terdahulu, peguam Faizul Mohd. Nasir yang mewaki­li Farid Kamil memohon mahkamah menetapkan satu tarikh akhir sebelum pihak­nya mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji semula pertuduhan terhadap anak guamnya.

Walau bagaimanapun, mah­kamah memohon kes tersebut diteruskan dan tidak ditangguh lagi.

Nor Ariffin turut memaklumkan tarikh bicara yang ditetapkan boleh disesuaikan mengikut keputusan representasi.

Suami kepada aktres, Datin Diana Danielle itu berdepan empat pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan kepada seorang orang awam dan anggota polis, menghalang anggota polis menjalankan tugas dan berkelakuan tidak seno­noh dengan mengeluarkan perkataan kesat di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara kira-kira pukul 1.20 petang, 11 Januari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN