KUALA LUMPUR 16 Ogos – Pemuisi, Pian Habib hari ini secara spontan membacakan sebuah puisi nasihat untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan rakyat sempena 100 hari pemerintahan baharu. Puisi tanpa tajuk yang dibacakan kepada Utusan Online itu antara lain menasihatkan pemimpin-pemimpin kerajaan baharu ini agar menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sesempurna mungkin. Selain itu, Pyan dalam puisi berkenaan turut mengingatkan agar rakyat agar terus menegur kerajaan baharu ini bagi mengingatkan…










