PUTRAJAYA 9 Ogos- Seorang anggota polis bantuan yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) direman selama empat hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah. Perintah reman yang bermula hari ini itu dikeluarkan oleh Majistret Ainna Sherina Saipolamin selepas membenarkan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Lelaki berumur 33 tahun yang berpangkat koperal itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini bagi mendapatkan perintah reman pada pukul 9.38…










