JAKARTA 30 Ogos – Ratu terjun negara dan sandaran pingat pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Pandelela Rinong menarik diri daripada beraksi dalam final acara 10 meter (m) platform individu wanita yang dijadual berlangsung malam ini. Perkara itu disahkan pengurus pasukan, Andy Low selepas pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu mengadu masih berasa tidak selesa ketika turun beraksi pada pusingan kelayakan yang berlangsung di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno,…










