[VIDEO] Didakwa bunuh, kerat mayat isteri - Utusan Malaysia

[VIDEO] Didakwa bunuh, kerat mayat isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Kes penemuan mayat seorang wa­nita dikerat enam di dalam dua beg pakaian di tepi Sungai Gombak memasuki episod baharu hari ini setelah suaminya yang merupakan warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh isterinya itu, bulan lalu.


Video oleh NUR IZZATI NADZI

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Md. Shahzada Saju, 37, yang bekerja sebagai penyelia kerja pembersihan kerana pertuduhan bunuh yang melibatkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Md. Shahzada didakwa membunuh Sajeda-E Bulbul, 30, juga warga Bangladesh di sebuah bilik tidak bernombor di Jalan Sultan Azlan Shah, Dang Wangi di sini antara pukul 4.15 pagi, 3 Julai dan pukul 3.16 pagi, 5 Julai lalu.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, K. Vasugi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Md. Shahzada yang ditangkap di Pengerang, Johor pada pukul 2 pagi, 24 Julai lalu iaitu 19 hari selepas berjaya melarikan diri, diwakili peguam Leonard Anselm Gomes.

Majistret Siti Radziah Ka­marudin menetapkan 8 Ogos ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik.

Akhbar sebelum ini melaporkan, mayat wanita yang dikerat enam ditemukan di dalam dua beg pakaian kira-kira pukul 11.30 pagi, 5 Julai lalu di tepi Jamba­tan Jalan Ipoh di Sungai Gombak di ibu negara.

Polis juga menemukan loket dengan tulisan ‘Allah’ huruf jawi dan seutas rantai leher pada mayat tersebut yang juga terdapat kesan luka hirisan di leher dipercayai akibat penggunaan senjata tajam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini