[VIDEO] "Annuar, tarik balik kenyataan dalam masa 24 jam" - Rayer - Utusan Malaysia

[VIDEO] “Annuar, tarik balik kenyataan dalam masa 24 jam” – Rayer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Ogos – “Minta maaf, tarik balik kenyataan yang dibuat dalam masa 24 jam sebelum tindakan diambil.”

Demikian amaran tegas yang diberikan ahli Parlimen Jelutong, R. S. N. Rayer terhadap ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Amaran itu diberikan berikutan Annuar dalam satu ceramah politik pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis mendakwa kemenangan DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah dengan memecah-belahkan orang Melayu.

“Saya minta (Annuar) tarik balik dan mohon maaf. Kalau tidak, mungkin berhadapan dengan tindakan yang mungkin diambil sama ada secara sivil atau pertimbangan laporan polis akan dibuat. Ini serius!

“Kalau benar ikhlas, minta maaf dan tarik balik kenyataan tersebut. Saya beri beliau 24 jam untuk berbuat demikian sebelum  tindakan diambil,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Annuar dalam ceramah politiknya di PRK Sungai Kandis mendakwa keberadaan tampuk DAP di Putrajaya adalah kerana parti itu berjaya memecah-belahkan orang Melayu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN