KUALA LUMPUR 14 Ogos – Bahasa Melayu tetap diberi keutamaan dalam semua urusan rasmi negara selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pada masa sama, terdapat situasi di mana penterjemahan dilakukan dalam bahasa lain termasuk bahasa Inggeris sebagai tujuan penjelasan sahaja. “Perlembagaan Persekutuan memenuhi segala kehendak berkenaan perlindungan bahasa kebangsaan, tetapi ada kalanya terjemahan dibuat dalam bahasa lain namun bahasa rasmi adalah bahasa Melayu…










