Uqasha masih mengenali hati budi Ben Amir - Utusan Malaysia

Uqasha masih mengenali hati budi Ben Amir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Selepas tiga bulan putus cinta dengan pengacara Hefny Sahad, pelakon Uqasha Senrose tidak serik bercinta lagi apabila kini dikaitkan mempunyai hubungan dengan pelakon Ben Amir. 

Tindakannya yang kerap memuat naik gambar lelaki berkenaan di laman sosial Instagram dikuatkan lagi dengan percutian mereka ke Bali, Indonesia baru-baru ini sambil ditemani Nelydia Senrose. 

Jelas Uqasha, dia juga seperti manusia biasa yang ingin dicintai dan mencintai demi meneruskan hidup selepas kegagalan cinta terdahulu. 

“Saya juga sama seperti manusia lain, ingin dicintai dan mencintai untuk meneruskan hidup. Bagi saya ia perkara normal untuk mengenali orang baru.

“Kadang-kadang takut juga dengan tanggapan orang cuma saya sendiri tidak tahu mengapa diri sendiri yang kerap melalui perkara ini,” ujarnya ketika ditemui pada malam gala filem Hantu Kak Limah di e-Curve, Damansara malam tadi.

Ditanya tentang kesahihan hubungannya dengan Ben Amir, Uqasha berkata, mereka kini masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. 

“Setakat ini kami masih berkawan. Saya boleh jadi diri ketika bersamanya dan ia membuatkan saya berasa selesa,” katanya. 

Sebelum ini, pelakon drama Rahsia Hati Perempuan itu pernah menjalin hubungan dengan Syafiq Kyle, Pekin Ibrahim serta seorang lelaki kerabat diraja dikenali sebagai Tengku Bakar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN