KUALA NERANG – Satu sindiket penyeludupan daun ketum ke Thailand dikesan mengeksploitasi warga asing sebagai pembungkus daun tersebut dengan menempatkan mereka di bangsal atau pondok daif di kawasan terpencil di Naka di sini sejak dua tahun lalu. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, kegiatan sindiket didalangi dua lelaki berketurunan Siam itu terbongkar selepas polis menyerbu dua buah bangsal dan sebuah pondok di Jalan Nami, Kampung Baru Thai dan Kampung Berdikari pada Ahad lalu. “Bertindak atas maklumat penyeludupan daun ketum dan dadah di kawasan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya