KUALA LUMPUR 30 Ogos – Keuntungan bersih Petroliam Nasional Berhad (Petronas) pada separuh pertama 2018 meningkat 54 peratus kepada RM26.6 bilion berbanding RM17.3 bilion bagi tempoh sama tahun lalu. Wan Zulkiflee Wan Ariffin Syarikat minyak negara itu juga mencatat peningkatan 15 peratus bagi pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) kepada RM52.2 bilion berbanding RM45.2 bilion bagi tempoh sama 2017 manakala perolehan pula meningkat lapan peratus kepada RM117.2…










