KUALA LUMPUR – Usaha sedang dibuat untuk menyelaraskan semua perundangan berkaitan di negara ini untuk menetapkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, langkah itu sedang dirangka dan akan dilaksana bagi penyelesaian jangka panjang terhadap isu perkahwinan bawah umur di Malaysia. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, ia akan dilaksana melalui pembabitan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama dan undang-undang, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan negeri termasuk Sabah dan Sarawak. “Inisiatif itu melibatkan undang-undang seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya