SHAH ALAM – UMNO dan Pas telah mencapai persetujuan bersama untuk bekerjasama dalam menewaskan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Sabtu ini. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, persetujuan itu bukan sahaja melibatkan pucuk pimpinan Pas melalui Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin tetapi di semua peringkat termasuk Parlimen Kota Raja dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) DUN Sungai Kandis. Katanya,…










