Ular tedung sepanjang 1 meter berjaya ditangkap - Utusan Malaysia

Ular tedung sepanjang 1 meter berjaya ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR – Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor berjaya menangkap seekor ular tedung sepanjang satu meter dan seberat dua kilogram yang bersembunyi di dalam saluran paip di sebuah rumah di Taman Desa Kelisa dekat sini semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hulu Selangor, Leftenan Pertahanan Awam Mansor Ab. Rasid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.30 petang daripada pemilik rumah.

“Seramai lima anggota telah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati ular tedung berkenaan bersembunyi di dalam saluran paip berdekatan tembok pagar rumah tersebut.

“Anggota APM terpaksa mengorek saluran paip berkenaan bagi memeriksa kedudukan dan kedalaman sebenar ular tedung berkenaan bagi memudahkan penangkapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ramizah, ular tedung berkenaan berjaya ditangkap dan dilepaskan ke dalam hutan di sekitar hutan Kuala Kubu Bharu kira-kira 12 kilometer dari rumah mangsa.

“Kita terpaksa melepaskan ular berkenaan jauh dari kawasan perumahan tersebut bagi mengelakkan nyawa penduduk di kawasan sekitar terancam.

“Operasi yang diketuai Koperal Mohd. Firdaus Abd. Samad itu tamat sepenuhnya sejam kemudian dan orang awam dinasihatkan lebih berhati-hati berikutan cuaca panas menyebabkan reptilia ini mencari tempat sejuk,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN