Tun Mahathir ucap terima kasih - Utusan Malaysia

Tun Mahathir ucap terima kasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad me­ngucapkan terima kasih kepada Pre­siden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi dan kerajaan Indonesia dalam membantu menyerahkan kapal layar mewah Equanimity yang dirampas kepada pihak berkuasa Malaysia.

Mahathir da­lam satu klip video yang dirakam di Fukuoka, Jepun dan dimuat naik ke laman YouTube semalam berkata, kerjasama erat itu telah membantu kerajaan Malaysia dalam menyelesaikan masalah yang di­hadapi.

“Saya betul-betul berterima kasih kepada kerajaan Indonesia terutama­nya kepada Bapak Jokowi, Presiden Indonesia yang begitu (memberikan) be­kerjasama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi Malaysia,” katanya.

Mahathir yang kini berada di Jepun untuk lawatan kerja selama empat ha­ri berkata, beliau percaya kapal tersebut adalah milik kerajaan Malaysia kerana ia dibeli dengan wang Malaysia yang dicuri pihak tertentu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN