Tun M selamat tiba di Fukuoka - Utusan Malaysia

Tun M selamat tiba di Fukuoka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Ogos-Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Fukuoka, Jepun petang tadi dalam rangka lawatan rasmi selama empat hari bermula hari ini.

Perdana Menteri ditemani isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali telah diberi penghormatan dan disambut oleh Gabenor Fukuoka, Hiroshi Ogawa semasa tiba di wilayah tersebut.

Dr. Mahathir berada di Fukuoka untuk sesi ceramah tahunan Pemimpin Masa Depan Jepun bertajuk ‘Bagaimana pemimpin masa hadapan di Asia dapat membuat peta masa depan untuk generasi akan datang – mesej dari 93 tahun kepada remaja’.

Dalam lawatan itu juga beliau turut dijadual menyampaikan ucaptama di Japan Future Leaders School dan Institut Kepimpinan Asia Kyushu.

Selain itu, Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Jepun, Hiroto Izumi dan melawat Kyushu Railway Company Safety Creation Centre serta Taman Teknologi Groovenauts Inc di Fukuoka di samping Ritsumeikan Asia Pacific University di Oita. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN