Tommy pertahan pelantikan Sitpah - Utusan Malaysia

Tommy pertahan pelantikan Sitpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tommy Thomas mempertahankan keputusannya melantik seorang peguam daripada bekas firma guamannya untuk mewakili kerajaan Malaysia dan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dalam tuntutan ke atas kapal mewah Equanimity.

Menurut Tommy, Sitpah Selvaratnam mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam undang-undang perkapalan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam, beliau berkata, keputusan untuk melantik Sitpah adalah keputusannya dan dibuatnya sendirian kerana menaruh kepercayaan dan keyakinan terhadap kebolehan dan integriti peguam itu.

“Sitpah tidak akan dibayar sebarang fi. Perkhidmatannya diberikan kepada kami tanpa sebarang caj ke atas pembayar cukai,” kata Tommy.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu bagi memberi penjelasan terhadap laporan media mengenai tindakannya melantik seorang peguam daripada bekas firma guamannya pada 6 Ogos lalu untuk mewakili Malaysia dan 1MDB dalam kes kapal layar mewah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tommy memberitahu, selepas beliau dimaklumkan kira-kira dua minggu lalu bahawa terdapat kemungkinan kapal Equanimity akan diserahkan oleh Indonesia kepada Malaysia, penyelidikan perlu dilakukan segera untuk menentukan bidang kuasa Malaysia ke atas kapal itu apabila ia tiba di negara ini.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN