HANYA selang beberapa hari, tiga raja-raja Melayu menitahkan unsur yang sama dan menuturkan peringatan yang serupa kepada rakyat jelata. Ketiga-tiga mereka, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddn Shah; Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, secara jelas mengingatkan semua pihak di negara ini agar tidak mengusik institusi raja, kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam sebagai agama bagi negara Malaysia. Ketiga-tiganya dengan tegas menyuarakan…










