SAO PAULO 31 Julai – Tindakan Neymar membuat iklan khas dengan mengaku dia memang kadang-kadang sengaja berlakon seperti dicederakan dengan teruk ketika Piala Dunia lalu dijangka bakal memakan diri penyerang Paris Saint Germain (PSG) itu. Pakar-pakar pemasaran di Brazil malah menjangkakan imej pemain itu akan bertambah buruk berikutan penipuan tersebut yang mendapat kritikan meluas banyak pihak. Di bawah tajuk iklan A New Man Every Day (Jadi Lelaki Baharu Setiap Hari),…










