SADAO, Thailand – Dua lelaki dan seorang wanita rakyat Malaysia ditahan polis Thailand di daerah ini berhampiran sempadan Malaysia-Thailand bersama-sama 462 kilogram (kg) ganja.
Ketua Polis Sadao, Kolonel Sawad Sinsaenyong berkata, ketiga-tiga rakyat Malaysia itu dan seorang wanita tempatan ditahan bersama dadah berkenaan di sebuah rumah di Lorong Songchai, Mukim Sanakkam pada kira-kira pukul 5 petang semalam.
“Maklumat perisikan mempercayai rumah berkenaan digunakan oleh sindiket dadah yang besar di kawasan sempadan. Rumah berkenaan dimiliki oleh seorang pelabur Malaysia,” katanya di sini semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…











