BATU PAHAT 31 Ogos – Tiga penunggang motosikal maut selepas kenderaan dinaiki mereka dipercayai bertembung antara satu sama lain di Jalan Simpang Lima, Parit Sulong di sini awal pagi tadi. Dalam nahas kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa yang maut ialah Hamirul Neeza Abdul Rahman Justin, 20; Muhamad Hamizi Isak, 18, dan Muhammad Fikri Zulhizir, 18. Pemangku Ketua Polis daerah, Superintenden KS Mender Singh berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal…










