IPOH 1 Ogos – Kes keracunan makanan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping berulang lagi dan kejadian terbaharu berlaku hari ini melibatkan tiga pelajar. Ketiga-tiga pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun itu dimasukkan ke Hospital Taiping setelah mengalami gejala keracunan makanan seperti muntah, cirit-birit dan sakit perut. Bagaimanapun, dua pelajar telah dibenarkan pulang setelah sejam menerima rawatan manakala seorang lagi masih dirawat di wad pemerhatian hospital tersebut. Pengerusi…










