Tiga pegawai MAHB direman - Utusan Malaysia

Tiga pegawai MAHB direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Tiga pegawai Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) ditahan reman bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara berasi­ngan di sini, George Town, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu, Sabah bermula semalam.

Kesemua pegawai yang ditahan adalah melibatkan seorang Pengurus Bahagian Komersial di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA); Pegawai Eksekutif Komersial di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan Pegawai Eksekutif Unit Komersial Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Kesemua pegawai itu berusia antara 50 hingga 59 tahun dan ditahan reman masing-masing antara empat hingga enam hari bermula semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Rini Triany Muhamad Ali dan Cindy Mc Juse Balitus serta Penolong Pendaftar, Muhammad Azam Md. Eusoff.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini